DIET SEMASA PENYUSUAN

Siapa yg tak nak berat badan kembali ke berat asal selepas bersalin? Semua org nak! Bagi yg senang nak turun berat, alhamdulillah, gembira lah anda tp bagi yg sukar mcm sy ni, anda akan cenderung utk mencuba pelbagai cara utk menurunkan berat tp INGAT! Anda sedang menyusukan si kecil, jadi apa pun yg anda ingin cuba, pastikan ianya SELAMAT utk si kecil & juga anda...

Kalau ikut nasihat org2 tua, dorang akan cakap 'Jangan risau, ko mnyusukan anak, senang la nk kurus nanti!' Ada betul jugak statement tu. Tapi mcm sy sendiri, Last timbang 2 minggu sebelum bersalin, berat 78kg, lpas bersalin timbang 70kg.. Lepas tu turun smpai la bambam 4 bulan, berat konsisten 65kg... xnak turun2 dh... Berat asal sebelum mengandung 58kg.. & Sekarang lepas amik CINCH SHAKE dr Shaklee, berat 59kg.. Weeeeeee...... ^_^


Bukan pasal Cinch Shake yg sy nak cerita, tp pasal diet sihat yg perlu ibu2 amalkan utk kekal SLIM di samping tidak menggugat penghasilan susu.. Info ni anda bole refer jugak disini


Tahukah anda, Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra kehamilan secara perlahan. 


Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama. 



Apa yang perlu saya makan?

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay). 

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. 

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu. 


Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda. 


Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu. 

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda. 



-Miss Mama-
(Anniz)

ID: 919091
019-3514245

Comments