Bengkak Susu (Breast Engorgement)

Baru-baru ni ada seorang kenalan beritahu dia kena 'Breast Engorgement', sampai kena admit hospital.. Dengar cerita beliau, memang scary sebab setahu sy, bengkak susu ni jadi masa dlm pantang je, awal2 lepas bersalin rupanya tak, anytime bole jadi... Sebab sy dulu pernah kena jugak bengkak susu ni, & utk mengelakkan rasa sakit berpanjangan, pam je susu tu.. Alhamdulillah, memang rezeki bambam murah, susu melimpah ruah dr awal bersalin lg...



Ni gamba yg sy dapat dar kenalan tu, yg putih kekuningan pekat tu  adalah NANAH ye... Kes bengkak susu puan ni sebab pam xikut schedule... So, kena kuakan semua nanah ni, baru bole proceed breastfeed anak...


Apa sebenarnya breast engorgement?

Bengkak susu atau engorgement berlaku biasanya pada tempoh awal selepas bersalin kerana susu dihasilkan dengan banyak sekali. Susu ini tersimpan dalam tisu disekeliling salur susu sehingga menyebabkannya membesar lebih daripada kapasiti selesa.

Dalam keadaan yang terlampau, kadang-kadang ibu-ibu yang mengalami bengkak susu merasakan payudaranya seperti mahu pecah. Jika disentuh pun mungkin menyebabkan amarah yang amat. Keadaan bengkak ini bukan hanya pada payudara sahaja tp boleh sampai ke kawasan bawah lengan & boleh menyebabkan si ibu demam.. Dan jika terjadi sedemikian rupa, sebenarnya ia menyebabkan bayi tidak selesa utk menyusu. 

Sebab terjadi nya bengkak susu / engorgement :

1. Masalah pengurusan penyusuan yang tak teratur terutama bila baby miss feeding time dia. Kadang-kadang baby tertidur lama atau kita as mother miss waktu pump session (untuk ibu yang pumping) . Macam saya dulu, selalu baby terlebih tido, akan rasa la breast tu mengeras & habis lencun baju.. Even susu terpancut keluar pun, still tak lega... So the other solution, pam jela...

2. In between kita nak wean (putus susu) anak kita, time ni breast akan engorged kerana breast sedang melatih otak kita bagi adjust penghasilan susu.

3. Bila baby mula minum campur (both susu ibu & susu formula) ia juga antara punca kenapa bengkak susu sebab baby miss feeding time susu ibu nya.

4. Baby tak latch-on (perlekapan) dengan betul akan menyebabkan 'Poor Suckling'. Hisapan yang lemah oleh bayi akan menyebabkan tidak banyak susu dapat dihisap keluar. Baby pula  kemudiannya tak mendapat cukup susu untuk setiap feeding session. Hence, breast kita ni tak kosong even lepas feeding session ngn baby.. Ini pun merupakan salah satu sebab terjadinya bengkak susu
**See, dr latch-on, poor suckling bole menyebabkan engorgement


Ni rajah breast wanita.. Bengkak susu/engorgement akan berlaku di kawasan Mammary Glands tu dan akan memberi tekanan ke kawasan keliling breast 

Apa nak buat kalau bengkak susu :

Secara logiknya, jika dah berlaku bengkak susu kita pasti akan cuba nak kosongkan payudara kita kan? Tapi engorgement akan menyebabkan bayi susah nak melekap (latch on). Bila dah susah nak latch, bagaimana mungkin boleh kita kosongkan payudara?

Maka, kalau dah jadi juga bengkak susu, cubalah tips-tips ini berikut:
1. Sy jumpa satu blog (klik sini) yg mencadangkan meletakkan kobis di bahagian breast. Sy ingat ni amalan tradisional tp bila google, minah salleh pun apply kaedah ni... Sy tak pernah cuba, so if anda sedang mengalami breast engorgement ni, bole la cuba ye.. hehehe.. Tapi jgn letak lama2, letak dlm 3-5 minit saja.. 






2. Buat cold compress. Cold compress atau tuam dengan ais adalah sebagai pain killer. Dah kurangkan sakit barulah boleh teruskan dengan step no.2.
3. Warm compress. Ambil kain dan basahkan dengan air suam. Warm compress untuk nak lembutkan breast kita yang dah bengkak amat tu. sambil-sambil buat tuam dengan air suam tu, urutla payudara perlahan-lahan. 
4. Beri anak menyusu atau pam susu keluar.


Selain daripada itu, keep on feeding your baby sekerap yang boleh untuk mengelakkan bengkak susu terjadi. 

Kalau tak diatasi breast engorgement ni, boleh jadi masalah lain, susu akan kurang, mungkin juga akan ada blocked duct, mastitis dan banyak lagi. So, beware je mommies! jgn sampai jadi kes mcm kenalan sy ni...

Sumber: Baby Center

**********************************************
Miss Mama
SID: 919091
019-3514245

Comments

  1. Saya risaula, sejak hantar ank ke pengasuh, macam bengkak susu. Sakit tak bengkak susu ni, sebab saya rasa sakit

    ReplyDelete

Post a Comment