BILA WAKTU TERBAIK UTK PAM SUSU BADAN?

Assalamualaikum & salam 20 Ramadhan... Alhamdulillah, dh sampai ke fasa terakhir ramadhan & sama2 lah kite berdoa semoga bertemu dgn Lailatul Qadar... :)

Ok, harini nak share mengenai pam susu... Saya didatangi oleh beberapa org customer yg bertanya 'Bilakah waktu terbaik utk pam susu?'

Secara idealnya, susu boleh diperah (untuk stok) setelah supply susu mula stabil. Susu mula stabil secara amnya selepas minggu ketiga selepas kelahiran. Namun nasihat biasa untuk mula membuat stok dalam masa 2-3 minggu sebelum kembali bekerja. Jadi ini terpulang kepada ibu, yang penting, stok susu SEPATUTNYA dibuat sebelum ibu kembali bekerja untuk mengelakkan sebarang hassles apabila bekerja nanti.

Antara waktu pam susu yang terbaik adalah waktu tengah malam atau sebelum subuh (Yang ni memang nurse ada bagitau masa duduk ward dulu). Sebab masa tu kita pun dalam keadaan tenang, relax, tak rushing untuk apa-apa. Bila tenang je, susu pun mudah nak flow
Waktu lain bagus untuk pam susu termasuk lah:
1. Pam susu sewaktu anak sedang menyusu.
 Kaedah ni turut dipanggil tanderm nursing. Bila anak menyusu belah kanan, kita pam belah kiri. Sebabnya bila anak menyusu, bukan sebelah payudara saja terangsang untuk hasilkan susu, tapi kedua-dua belah. Kerap terjadi kepada saya, bila bambam menyusu sebelah kanan, yg baju belah kiri mesti akan basah & vice versa. Jadi untuk tidak membazir, elok lah kita pam sebelah lagi satu tu. Biasanya boleh di amalkan sebelum kita ke tempat kerja (bagi ibu bekerja)



2. Pam selepas anak selesai menyusu

Bayi ni kadang menyusu asal kenyang je. Bila perut dah penuh, dia pun akan lepaskan payudara. Tapi tahukah anda kalau payudara tak betul- betul kosong, maka susu pun tak berapa meriah. Jadi untuk pastikan payudara betul-betul kosong, lepas anak menyusu, kita pam. Kalau anak menyusu belah kanan, bila dia lepaskan, kita pam belah kanan tu dalam 5-10 minit.
Bila payudara betul-betul kosong, baru tubuh dapat signal untuk cepat-cepat refill payudara.

3. Pam semasa bayi tidur.
Tidak kiralah tidur waktu siang atau malam, anda boleh melakukan pengepaman susu tanpa gangguan. Lunjurkan kaki, bersandar, sambil membaca buku atau menonton televisyen, nikmatilah masa utk 'diri anda' 

 4. Pam sebelum ibu tidur.
Jangan risau kalau-kalau susu yang dipam tidak banyak. Itu BUKAN petanda susu anda tak banyak.. susu yang dipam tidak menandakan kuantiti sebenar susu yang dihasilkan. Terutama ketika masih bercuti, dan bayi masih direct feeding. Semestinya susu yang dipam tidak begitu banyak.

Apa- apa pun, untuk nak dapatkan susu yang meriah, pam yang kerap itu wajib. Lagi kerap lagi bagus. Sekerap mana? Sekerap setiap 2 atau 3 jam sekali.Bila kita pam, kita bagi signal kepada tubuh untuk hasilkan susu. Lagi banyak kali kita pam, lagi kerap badan dapat signal, lagi banyak susu yang dapat dihasilkan


Ingin dapatkan hasil susu terbaik pada yg sama mengembalikan berat badan ideal anda? dapatkan set khas ini dari saya! 

-Miss Mama-
SID 919091
COD Banting & Telok Panglima Garang
019-3514245

Comments

  1. salam..

    sy nk tnya la..sy de amik set menyusu basic - ESP, alfafa n osteomatrix..bl sy start amik set shaklee ni susu sy ada nmpak kesan, susu meningkat.. tp
    semenjak sy amik lecithin, then kebetulan sy period, susu sy start merundum..

    sy tnya agen shaklee sy, dia kata mungkin sbb period susu merundum.. tp lps abis period, susu sy mcm tu je..klu dulu boleh dpt 5oz 2x pam..tp skang 2x pam bley dpt 4oz je..

    sy dh minum air lebih 3 liter.. mlm sy akan bf anak sy direct. owh lupa, anak saya minum susu formula gak sbb dulu sy bersalin bedah. mmg x dpt nk susukan dia..hosp dh start bg susu formula.

    then sy akan pam lg lps anak menyusu, tgk kesempatan la..1 hari yg btol2 pam 2 or 3x. kt umah BF je kt anak.

    ReplyDelete
  2. Salam puan.. alfalfa puan ambil berapa biji sekali ye? Esp berapa sudu sehari?

    ReplyDelete
  3. Utk best result, pual bole amik alfalfa 2-3 bji lepas pumping session.. up to 10 bji sehari.. kalw mcm puan cakap betul2 pam 2-3x sehari kn (mksdnye dh 4-6 bji) pagi2 lpas breakfast puan bole amik siap2 4 biji..

    ReplyDelete

Post a Comment