Assalamualikum & selamat pagi semua.. Pgi ni saya nk share something yg sy rasa sangat bermanfaat utk kita semua.. Sejak sy amalkan membaca Ma'thurat ni, Subhanallah... Hidup saya lebih bermakna.. Sebab tu rugi saya rasa kalw ada sesiapa yg xamalkan.. Hanya 5-10 minit selepas solat Subuh & Asar...
“Sesungguhnya Rasulullah selalu menyebut-nyebut rahmat Tuhan, dalam satu hadis Qudsi Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Wahai anak-anak Adam, (sebutkan) zikirkanlah Aku selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas solat asar barang sekejap maka Aku memadai kepada engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyanglah duha sebanyak 8 rakaat."
(Diriwayatkan oleh Sayyidina Hassan r.a)

Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Al- Ma’thurat digalakkkan dibaca selepas Subuh dan Asar setiap hari. Antara kelebihan membaca Al-Mathurat ialah:
- Tidak dihampiri syaitan
- Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
- Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
- Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
- Selamat dari segala sesuatu.
- Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
- Allah berhak untuk meredhainya
- Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
- Terhindar daripada syirik.
- Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
- Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
- Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
- Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
- Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Jom amalkan al-ma'thurat setiap kali selepas solat Subuh & Asar.. Semoga perkongsian ini dpt memberi manfaat kepada semua... :)
xoxo
-Anniz Mohtam-
amin... tq niz :)
ReplyDelete