STATUS HALAL PRODUCT SHAKLEE

Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja keluar produk penurunan berat badan, kecantikan & kesihatan dipasaran. Lambakan  product2 ini harus diperhatikan secara serius oleh pebagai pihak kerana utk mengeluarkan product bukanlah mudah, harus melalui pelbagai proses & prosedur. Oleh itu, pengguna haruslah membuat pilihan bijak dgn mengkaji sesuatu product terlebih dahulu sebelum membeli & yg paling PENTING, pastikan product itu mendapat lulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Sijil HALAL bg pengguna Islam.. 

Sebagai sebuah syarikat nutrisi antarabangsa, Shaklee amat mementingkan kualiti produk–produk yang mereka hasilkan. Setiap produk baru menjalani pemeriksaan ketat, dan diuji agar tidak memudaratkan dalam jangkamasa pendek atau panjang.


SOALAN: ADAKAH produk Shaklee HALAL?
JAWAPAN: Ada yang dijamin HALAL & ada yang TIDAK. Sebenarnya produk Shaklee ini ada banyak tetapi tidak semua produk Shaklee yang dihasilkan oleh Shaklee Cooperation ada dijual di Malaysia. Mana-mana produk Shaklee yang masuk Malaysia hanyalah produk-produk yang sudah mendapat Sijil Halal dari ISA. Malah untuk makluman anda bagi menjamin integriti HALAL setiap produk-produk Shaklee yang disahkan Halal ini, tempat penghasilan/pembuatan produk2 ini turut diasingkan. Maknanya produk yang Halal dan Tidak Halal tidak dibuat di tempat sama(pemerhatian ini dibuat sendiri oleh ahli Shaklee beragama Islam yang dijemput sendiri untuk melawat kilang Shaklee).

SOALAN: Apakah ISA?
JAWAPAN: ISA adalah singkatan kepada Islamic Services of America yang merupakan badan Islam di United States of America yang bertanggungjawab memeriksa & mengeluarkan sijil HALALbagi produk2 yang ingin dipasarkan kepada orang ISLAM di US. Jadi memandangkan Shaklee ini headquaters & kilangnya di US, maka ISA lah yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil Halal. Pendek kata ISA adalah JAKIM versi AMERICA. Info lanjut tentang ISA boleh lihat di sini

SOALAN: Adakah sijil HALAL ISA sah di MALAYSIA?
JAWAPAN: Untuk makluman semua, pihak JAKIM sentiasa memantau semua badan luar negara yang mengeluarkan sijil HALAL. Malah badan-badan ini harus memohon pengiktirafan JAKIMdari masa ke semasa. Maka, berdasarkan pengiktirafan terbaru yang dibuat oleh JAKIM setakat 25 September 2012, ISA adalah antara badan Islam Luar Negara yang diiktiraf sijil Halal nya oleh JAKIM. Disebabkan sijil Halal ini jugalah kenapa produk Shaklee tiada cop Halal JAKIM.


Tidak semua produk Shaklee dijamin HALAL. Ini kerana Shaklee mempunyai beberapa kilang di seluruh dunia. Namun, untuk pasaran HALAL seperti Malaysia, sebuah kilang di California, Amerika Syarikat dikhususkan bagi memproses segala produk-produk mereka.



Klik pada gambar utk imej yg lebih jelas


Produk kilang ini diakui “HALAL” oleh Islamic Service of America (ISA). Manakala ISA pula adalah sebuah badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Sila rujuk gambar di bawah untuk sijil halal Shaklee dan pngiktirafan JAKIM terhadap ISA.





Klik gambar utk imej yg lebih jelas
Jadi, gunakan SHAKLEE tanpa was was... Sentiasa SEMULAJADI, SELAMAT & BERKESAN.. :)

-Anniz Mohtam-

SID 919091
019-3514245

Comments