Shaklee & MLM...

Bila sebut MLM je, macam2 perception yg kita dpt kn? Antaranya, skim cepat kaya, menindas org bawah (downline), harga product yg melampau2 mahal, etc... dan kebanyakannya adalah NEGATIVE... Well, memang betul pun, kebanyakan company yg buat MLM, macam itulah sistem dorg.. Saya pn pernah jugak join MLM lain, before Shaklee ni.. Memang nampak sangat perbezaan dia... Ok, harini, saya share sikit, ciri2 MLM yg sah disisi syara' (ambil dr blog zaharuddin.net) & saya bandingkan dgn sistem Shaklee


1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
~Shaklee menjual supplement yg SEMULAJADI & berkesan (dgn izinNYA). Kualiti terjamin, dihasilkan melalui 'clinical research' & HALAL. 

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
~Clearly, Shaklee is all about Supplement!

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
~Dalam Shaklee, apa yg kita usahakan, itulah yg kita dapat. Contoh, setiap product ada point (uv), dlm sebulan, kita akan kumpul uv tu.. Hujung bulan, closing. Tengah bulan tggu bonus masuk. Upline, TAK MAKAN pun bonus downline tp apa yg upline dapat tu adalah LEADERSHIP BONUS (Shaklee yg bagi). Sebab upline dh aja downline what n how to run your business (sama macam kite hire consultant utk company). So kalw upline dok goyang kaki, x coaching downline die, hanya kerah utk BUAT SALE, upline tak dapat pape pn.. 

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
~Yuran keahlian Shaklee ialah RM65 (utk starter kit) & RM10 utk pos beg tersebut atau dgn belian brg RM650 keatas utk FREE MEMBERSHIP.. Upline/sponsor xdapat apa2 komisen pun utk berapa banyak downline/anak.. Sebab tu sistem Shaklee bukan based on 'head hunting' Kalau anak to performe, yes, upline akan dpt bonus dr Shaklee, kalau setakat join je, upline xdapat pape pn....

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.
~Tiada PAKSAAN dlm Shaklee.. Prinsip kami, U buat, U dapat.. Kalau join utk beli supplement utk kegunaan sendiri (harga ahli) pun bole xde masalah.. Tapi utk layak dapat bonus, minimun uv terkumpul ialah 150uv.. itu sahaja.. 

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
~Yup.. Sebab tu kami sering buat 'potluck' & coaching.. Biarpun almost 100% kami beroperasi di alam maya, tapi kami tidak mempunyai masalah utk berhubung, coaching, motivation, etc.. Dlm business, pasti ada stress, ups & down.. disitulah gunanya group (upline, super upline, super duper upline even sideline pun) kami sering berbincang mengenai sesuatu permasalahan (group whatsapp, group FB, etc).
Dalam Shaklee, 'Leadership Bonus' upline akan dapat sehinggalah Level ke-6 dibawahnya.. Alhamdulillah, so far  kenal dgn leader up to 7th level diatas saya & insan tersebut pun mengenali saya (die ingat bambam jugak!) Thanks to k.cery, tak pernah jemu utk beri kami semangat & motivasi.. Sekarang beliau sndri dh provide training room kt office beliau... Kami bole datang or booked & gune bilik tu for FREE..

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
~Yg ni saya ambil contoh upline (mak saya dlm Shaklee) & upline beliau (nenek saya dlm Shaklee)..Nenek saya join bulan November 2012, mak saya join December 2012. Of course nenek saya tu join lebih awal dari mak saya tp ranking mereka sekarang adalah SAMA (Senior Supervisor) kerana utk naik ranking, ade certain criteria yg perlu dipenuhi.. Bukan makin ramai downline kita atau jika downline kita naik rank, upline akan automatik naik rank... NOPE!! So, adil kan? :)

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
~Dalam Shaklee, upline akan ajar downline how the system works. Dari mana uv tu kita dapat, formula utk kira, (even utk leadership bonus) macam mana nk dapatkan bonus kereta, macam mana nk kumpul point utk layak dapat free national & international trip, etc.. Alhamdulillah, so far saya clear dgn semuanya..  

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
~Dalam Shaklee, modal tak perlu pun sebenarnya sebab kebanyakan dari kami buat perniagaan online, once payment dibuat oleh customer, kami akan call Shaklee utk urusan order & mereka akan poskan barang.


Utk info tambahan, anda bole juga ke link ini utk penerangan yg lebih details tentang Shaklee & MLM. Dan jika anda benar2 nk paham tentang sistem Shaklee ni, nak sertai kami utk berbisnes, bole hubungi saya melalui email atau whatsapp/wechat 019-3514245. Lets b FINANCIAL FREE!! :)


-Anniz Mohtam-
SID 919091
Cod Banting & Telok Panglima Garang
Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia

Comments