Susu Ibu Susu TERBAIK!!

Dear Mommies....

Pernahkan anda terfikir apa yg best sgt tentang breastfeeding ni? Even anda penat mengepam tengah malam, bangun awal pagi, pam lagi kt office, kenapa anda bersungguh2 sgt nak breastfeed ur baby?


Susu Ibu diperbuat dari......


Air adalah kandungan UTAMA dalam susu ibu.. Jadi, no wonder bayi dibawah 6 bulan & kebawah tidak memerlukan minuman lain (air kosong).


Namun ada sesetegah ibu bapa berpendapat susu ibu sahaja tidak mencukupi, lebih2 lagi juka anak mereka menghidap jaundice & risau ia akan menjadi 'prolong jaundice' so saya share sedikit research yg dh dibuat berkaitan breastfeeding & jaundice.. :)


Kenapa susu ibu adalah yg TERBAIK berbanding susu lain didunia? Jom kita lihat dr segi komposisinya pula...

Both susu Ibu & lembu mempunyai PROTEIN tetapi susu ibu lebih mudah di cerna berbanding susu lembu. Pernahkah anda bandingkan, mengapa bayi yg diberu susu formula tidur lebih lama diwaktu malam berbantding mereka yg diberi susu ibu? Ini kerana susu ibu mudah dicerna, jadi mereka akan berasa lapar lebih kerap. Jadi mommies, jgn lah beranggapan susu badan anda xcukup ye jika bayi anda kerap menyusu... :) Jom kita lihat lagi kandungan susu ibu...




Bagaimana pula proses penyusuan bayi secara ekslusive dapat menjana sistem imun bayi?



 Ada sesetengah berpendapat ketika kita sakit, kita mesti memberhentikan penyusuan kepada anak kerana bimbang anak pula akan turut berjangkit.. TIDAK!!! Betulkan konsep itu & teruslah beri yg terbaik utk anak anda! :)




Apakah kesan yg bayi anda akan dapat dgn memberikan mereka susu ibu?
1. (THE WOMANLY ART OF BREASTFEEDING,7th Revised Edition, page 350). “Breastfed babies have a decreased likelihood for allergies and dental caries. They also benefit from appropriate jaw, teeth and speech development as well as overall facial development." Maksudnya, bayi yg diberikan penyusuan secara ekslusive mempunyai perkembangan mental & fizikal yg lebih baik berbanding bayi yg dberi susu formula/lembu

2. American Journal of Clinic (1999) melakukan Meta-analysis keatas 7000 orang kanak2, menunjukkan IQ kanak2 yg diberi penyusuan susu ibu secara ekslusif adalah 5.2 poin lebih tinggi berbanding bayi tidak diberikan susu ibu.


3. 'Bonding time' dgn ibu.. Selepas seharian ditinggalkan dirumah pengasuh/taska, inilah masa utk mereka & ibu menatap wajah si manja... :)



Apa pula yg ibu dapat melalui penyusuan badan?
1. Mengurangkan risiko kanser payudara. Wanita yg menyusukan anak dapat mengurangkan risiko dijangkiti barah payudara sebanyak 25%. Lebih lama tempoh seorang wanita itu menyusukan anak, semakin rendah risiko utk mereka menghidap barah tersebut.

2. Mengurangkan risiko kanser uterus & ovari. 


3. Mengurangkan risiko Osteoporosis. Wanita yg tidak menyusukan anak mempunyai risiko 4x ganda lebih tinggi utk menghidap osteoporosis berbanding wanita yg menyusukan anak & menghidap pinggul retak apabila menghampiri waktu monopos nanti.. 


4. Menjarakkan kehamilan. Breastfeeding dapat melambatkan proses pengovulan. 


5. Penurunan berat badan. 


6. Lebih menjimatkan. Susu ibu bukan sahaja berkhasiat malah menjimatkan, berbanding ibu bapa yg memberi susu formula kepada anak mereka, ratusan ringgit dihabiskan sebulan utk membeli susu.. 


Saya rasa, lepas ni lebih ramai ibu bapa yg akan decide utk terus memberikan anak mereka susu ibu! :)


-Anniz Mohtam-

SID 919091
COD Banting & Telok Panglima Garang
Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia

Comments