Menyusukan Anak Ketika Hamil

Assalamualaikum semua... Fuh3.. tiup blog yg dh berhabuk.. heheh... Alhamdulillah, kini usia kandungan saya hampir 4 bulan, & bambam (sekarang dh kurus! huhuhu) masuk setahun 4 bulan & masih menyusu badan! Syukur alhamdulillah.... Tak dinafikan, banyak penentangan sy terima, ramai suruh sy stop breastfeed bambam, atas pelbagai alasan, yg penting, sy mahu & sy tahu apa yg terbaik utk sy, bambam & bayi yg sy kandungkan! Kenapa saya begitu yakin?? Sebab sy dah consult doktor & doktor cakap xde malasah, unless, anda ada masalah seperti kt bawah ni....

1. Pernah mengalami keguguran
2. Pernah melahirkan bayi pra-matang
3. Mengalami sakit perut yg teruk/pendarahan ketika menyusukan anak

Kt sini saya share article dr surat khabar mengenai penyusuan ketika hamil.. Bole klik disini
ye... Ini pulak penerangan Dr. Zubaidi mengenai isu ini.. Bole refe link ini.. Semoga perkongsian ini dpt membantu ibu2 yg sedang mengalami situasi seperti saya...

Saranan bagi mereka yang sedang hamil dan ingin terus menyusukan anak . Bole refer entry sy yg terdahulu mengenai nutrisi ibu hamil
1) Jika wanita hamil memerlukan tambahan sebanyak 200-400 kalori sehari,sudah pastilah ibu yang hamil dan menyusukan anak lebih memerlukan tambahan sebanyak 600-800 kalori sehari. Ini bermakna si ibu seharusnya lebih menitik beratkan gizi pemakanan seimbang dalam diet sehariannya dan minum air mengikut kuantiti yg diperlukan badan.

2) Pastikan kalian mendapatkan rehat secukupnya terutama bagi ibu yang bekerjaya. Jika perlu, minta lah bantuan ahli keluarga terdekat untuk membantu kerja2 rumah bagi meringankan bebanan kalian.

3) Si ibu hendaklah mengambil pemakanan yang kaya dengan zat besi, folic asid, kalsium serta vitamin d bagi menyeimbangkan pembesaran bayi di dalam rahim dan dalam masa yang sama bagi menggalakkan penghasilan susu. Jika perlu, si ibu boleh mengambil supplemen untuk menampung kekurangan ini.


Sedikit tips sekiranya kalian membuat keputusan untuk menghentikan penyusuan semasa hamil.
1) Kalian hendaklah memulakan proses 'wean off" secara beransur2 dan bukanlah secara mendadak kerana semasa usia masih kecil, faktor psikologi adalah sangat perlu di titik beratkan.

2) Gunakan teknik 'DON'T OFFER & DON'T REFUSE'...Dalam kondisi ini, sekiranya si anak menunjukkan tanda2 ingin menyusu, tawarkan kepadanya snek makanan yang berkhasiat atau alihkan perhatiannya dari penyusuan.

3) Ini yang paling penting!!!Pastikan kalian sentiasa memeluk, mencium, mendakap dan membelai si bayi supaya dia tidak merasa kalian menyisihkannya atau mengabaikannya. Berikan PERHATIAN SEWAJARNYA kepada mereka ..jangan terpengaruh dengan petua2 lapuk seperti menyapukan benda2 seperti sirap (nampak mcm darah) arang atau garam dan sebagainya untuk menghentikan penyusuan. Ia bukan sahaja secara tidak langsung mengajar satu pembohongan kepada mereka, malah sebagai seorang ibu, kalian seharusnya peka dan terkesan dengan perasaan si kecil tersebut. Perasaan dan jiwa mereka juga haruslah di ambil kira dan tidak di pandang remeh!!

So, pilihan di tangan kalian. Mungkin bukan sesuatu yang mudah untuk menghentikan penyusuan berbanding meneruskannya. Yang pasti, sebagai seorang ibu, kalian adalah tunjang utama yang mencorakkan apa yang terbaik untuk di kecil kalian. 


Bagi saya sendiri, so far saya tidak mengalami masalah kesihatan yg serius selain sedikit alahan & penat.. Yela, duduk rumah dgn anak yg tengah lasak, kalw tak mengandung pun penat! hehehe... Tp alhamdulillah, so far check kt kt klinik, xde masalah yg serius! So, sy akan teruskan consume set kehamilan Shaklee ni & masuk 4 bulan nt, tambah Omega Guard, utk membantu perkembangan bayi dlm kandungan sy! Complete dgn PROTEIN (ESP), KALSIUM (Ostematrix), VIT C, MULTIVITAMIN & MULTIMINERAL (Vitalea) & FOLIC ACID (B Complex) :)


Nak dapatkan set kehamilan ini pada harga super special? Hubungi saya, melalui FB/Whatsapp/Wechat 019-3514245. Free consultation!! :)

-Anniz Mohtam-
SID 919091
COD Banting & Telok Panglima Garang
Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia


Comments