Tubuh kita memerlukan sejumlah kecil kolesterol untuk menjaga fungsi sel-sel tubuh dan menghasilkan sejumlah hormon. Sebagian besar kolesterol dihasilkan di hati dan dibawa oleh darah ke sel-sel tubuh dalam bentuk lipoprotein. Dua jenis lipoprotein yang paling utama adalah lipoprotein LDL (Low Density Lipoprotein) dan lipoprotein HDL (High Density Lipoprotein). Tahukah anda, kandungan kolesterol di dalam LDL jauh lebih tinggi daripada kandungan kolesterol dalam HDL?
Kolesterol LDL sering juga disebut dengan kolesterol jahat. Mengapa? Ini kerana LDL meninggalkan kolesterol di dinding pembuluh darah arteri, sehingga menyebabkan timbulnya plak yang semakin lama semakin menebal. Sedangkan HDL cenderung melakukan hal yang sebaliknya, iaitu membersihkan pembuluh darah arteri. Itulah sebabnya HDL sering disebut sebagai kolesterol baik.
Penyebab utama tingginya kolesterol jahat adalah disebabkan oleh makanan yang kaya dgn lemak tepu seperti daging berlemak, makanan bersantan dan bergoreng atau makanan yang kaya dgn kolesterol itu sendiri seperti kuning telur, otak, hati, usus, kerang, udang. Lemak tepu ini dikatakan berbahaya, kerana mendorong hati untuk menghasilkan lebih banyak kolesterol. Mereka yang menderita penyakit diabetes ataupun masalah pada hati dan ginjal memiliki kadar kolesterol yang lebih tinggi dibandingkan mereka yang tidak menderita penyakit tersebut.
OMEGA -3 : CEGAH SERANGAN JANTUNG
Mengambil makanan secara sihat, menurunkan berat badan dan melakukan senaman yg teratur merupakan langkah awal untuk menurunkan kolesterol jahat dan mencegah penyakit jantung. Selain itu, jika anda merokok, cubalah untuk berhenti. Omega-3 adalah sejenis asaid lemak tidak tepu yang banyak ditemukan pada minyak ikan. Omega-3 dapat dibentuk di dalam tubuh dari asid lemak ALA (Alpha Linolenic Acid). ALA sendiri merupakan asid lemak perlu, iaitu hanya dapat diperoleh melalui makanan. Meskipun secara teori omega-3 dapat dibentuk di dalam tubuh, proses pembentukannya tidak efisien sehingga ilmuwan menyarankan untuk memperoleh omega-3 secara langsung dari makanan. Sumber alami omega-3 yang utama adalah berbagai jenis ikan, terutama ikan yang berlemak seperti salmon.
Penemuan akan manfaat omega-3 terhadap pencegahan penyakit jantung bermula dari pengamatan terhadap orang-orang Eskimo. Mereka selalu mengamalkan pengambilan ikan dalam menu harian mereka yang kaya akan omega-3 dan ternyata mereka mempunyai risiko yang rendah terhadap penyakit jantung. Ada beberapa mekanisme yang dapat menjelaskan mengapa omega-3 menurunkan risiko penyakit jantung. Omega-3 mempunyai kesan ringan terhadap penurunan tekanan darah. Selain itu omega-3 memperbaiki profil lemak darah dengan menurunkan kadar trigliserida dan kolesterol VLDL (Very Low Density Lipoprotein), yang juga meningkatkan resiko penyakit jantung. Kesan unik omega-3 juga adalah menaikkan kolesterol HDL sehingga membantu mengurangi dan mencegah timbunan plak pada pembuluh arteri jantung. Sebuah kajian menunjukkan bahawa pengambilan 2 sajian ikan setiap hari dapat menurunkan risiko kematian akibat penyakit jantung sebanyak 40%.
Mahukan sesuatu yg lebih MUDAH & BERKHASIAT?? Tentunya Omega Guard Shaklee!! :)
Jom dapatkan pada harga terendah pada bulan ini!
Anniz Mohtam
0193514245
SID 919091
COD Banting & Telok Panglima Garang
Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment