Sekarang ni, xpayah tunggu usia dh 50 atau 60-an nk kena gout, umur 20-an pun dh bole kena.. Sebab tu prevention is better than cure.. Tp kalw dh kena, haruslah cari ubat/penyembuhnye kn.. So, harini, kita cerita tentang GOUT!
Gout disebabkan
oleh urik
asid yang
berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di
persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang
menyebabkan sakit
sendi.
Mengapakah
urik asid berlebihan di dalam darah?
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak
seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya,
mengakibatkan urik asid yang berlebihan.
Ketidakseimbangan
ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin (sejenis protein) yang tinggi dalam
makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang
dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.
Apakah
yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?
Urik
asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi.
Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan ‘tophi’ dan batu karang di buah pinggang.
Kandungan
urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan “hyperuricemia”. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko
untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang
mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan
adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.
Apakah
yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?
Serangan
sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan
menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk ‘tophi’ di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid
di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan
kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar
mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.
Bagaimana
gout dikesan?
Penyakit
ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi.
Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat
menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan X-ray & USS dapat menunjukkan
kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia
mungkin kelihatan normal.
Bilakah
serangan Gout boleh berlaku?
Serangan
gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu
boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:
· Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
· Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
· Minum alkohol berlebihan.
· Kecederaan kepada sendi.
· Selepas pembedahan.
Tanda-tanda
dan gejala-gejala penyakit gout
· Sakit sendi berlaku secara
tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
· Sendi menjadi bengkak.
· Sendi menjadi panas, merah dan
teramat sakit.
· Demam.
Bagaimana Shaklee boleh membantu anda mengatasi masalah ini??
Alfalfa-bertindak sebagai Agen anti bengkak,ia
bertindak dengan meningkatkan pengumpulan asid urik dalam air kencing supaya ia
dapat dikumuhkan sebagai bahan buangan. Alfalfa adalah detox semulajadi yang
menyingkirkan toksin secara lembut dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil
air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.
Omega Guard-Mengelakkan keradangan sendi. Ia sangat penting bagi pesakit gout
yang teruk.Ia sebagai langkah2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk. SElain itu, ia juga membantu memelihara fungsi sendi
Performance Drink- Memelihara
kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi.
Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk
proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai
detox di atas.
Dapatkan stock anda pada harga istimewa dr saya pada BULAN INI (DECEMBER) sahaja!!
-Anniz Mohtam-
019-3514245
SID 919091
COD Banting & Telok Panglima Garang
Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment