Asid amino ialah unit terkecil
bagi protein yang terdiri daripada molekul organik asid karbosilik amina. Ini
bermakna setiap unsur protein yang terdapat di dalam makanan seperti daging,
ikan, susu dan sebagainya akan disintesis dan diproses didalam badan kita untuk
menjadi bentuk yang terkecil yang dipanggil asid amino. Terdapat pelbagai jenis
asid amino tetapi kita boleh klasifikasikan kepada dua kelas utama iaitu asid amino perlu dan asid amino
tidak perlu.
'Tidak perlu' bukan bermaksud badan kita tidak memerlukannya, tetapi oleh
kerana asid amino ini boleh dihasilkan oleh badan, maka kita tidak wajib
mengambilnya dalam diet seharian.
Berbeza dengan asid amino perlu. Asid amino perlu merupakan sumber protein yang badan
kita perlukan tetapi kita tidak boleh menghasilkannya sendiri. Jadi, kita MESTI mengambil asid
amino perlu ini daripada makanan seharian agar sistem badan dapat berfungsi
dengan baik. Terdapat 9 asid amino yang perlu kita ambil setiap hari. Mereka adalah
- histidine,
isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan dan valine.
Apakah fungsi kesembilan-sembilan asid amino perlu ini?
Mengapa mereka sangat penting kepada manusia? Mari kita baca apakah fungsi
setiap satunya....
1. Histidine
Histidine berfungsi
untuk membina dan membaiki tisu yang rosak. Ia juga penting untuk mengekalkan
kesihatan tiub mielin yang melindungi sel saraf kita. Kita memerlukan histidine
untuk menghasilkan sel darah merah dan putih dan juga histamin yang penting untuk
kesihatan imunisasi badan. Histidine melindungi tubuh dari kerosakan akibat
radiasi dan berupaya untuk menyingkirkan logam berat dari dalam tubuh.
2. Isoloeucine
Fungsi Isoleucine
antara lain adalah untuk menghasilkan hemoglobin, menstabilkan dan menyelaraskan
tahap gula dalam darah dan juga memberikan tenaga. Asid amino ini
dimetabolismakan di dalam tisu otot yang menyebabkan ia menjadi satu nutrien
penting bagi ahli sukan untuk menjana tenaga, meningkatkan stamina dan membantu
dalam penyembuhan dan pembaikian semula tisu otot. Isoleucine juga merupakan
salah satu cabang daripada tiga asid amino berangkai - bersama-sama dengan
leucine dan valine.
3. Leucine
Leucine berkerjasama
dengan asid amino isoleucine dan valine dalam melindungi otot dan bertindah
seumpama bahan api bagi badan manusia. Ketiga-tiga asid amino ini membantu
dalam menyembuhkan kecederaan tulang, kulit dan tisu otot dan sangat disarankan
bagi mereka yang baru selesai menjalani pembedahan. Leucine juga penting dalm
merendahkan tahap gula dalam darah yang tinggi serta merangsang penghasilan
hormon reproduksi (kesuburan).
4. Lysine
Asid amino lysine
penting untuk pembinaan tubuh. Kanak-kanak yang sedang membesar amat
memerlukannya bagi mendapatkan pertumbuhan dan perkembangan tulang yang sihat
kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium. Selain itu, lysine juga
bertanggungjawab dalam membantu penghasilan antibodi, hormon dan enzim serta
menolong dalam pembentukan kolagen dan juga pembaikian tisu. Justeru, ianya
penting untuk mereka yang baru menjalani pembedahan dan mengalami kecederaan
sukan. Lysine juga dikatakan dapat merendahkan tahap serum trigliserida yang
tinggi dan digunakan untuk melawan virus Herpes.
5. Methionine
Methionine berfungsi
untuk memecahkan lemak dan menghalang pembentukan lemak di hati dan salur darah
yang boleh menyekat aliran darah ke otak, jantung dan buah pinggang. Ia juga
penting untuk mensintesis asid amino yang lain seperti cystein dan taurine.
Methionine menolong sistem penghadaman berjalan lancar dengan membantu
mendetoks agen bahaya seperti karbon dan logam berat. Kita juga memerlukan
methionine untuk mengelakkan kerosakan rambut, melindungi tubuh daripada
radiasi dan mengawal osteoporosis atau alahan kepada bahan kimia.
6. Phenylalanine
Phenylalanine penting
untuk tubuh kita kerana ia bertanggungjawab menjadi asid amino tyrosine yang
digunakan untuk mensintesis dua neurotransmitter utama bagi mengawal kesedaran,
iaitu dopamine dan norep-inephrine. Hubungannya dengan sistem saraf utama
menyebabkan ia ada kaitan dalam menaikkan mood seseorang, mengurangkan sakit,
membantu kita menghafal/mengingati sesuatu dan mengurangkan selera makan.
Phenylalanine ada digunakan untuk merawat arthritis, kemurungan, kekejangan
disebabkan PMS, migraine, obesiti, penyakit Parkinson dan schizophrenia.
7. Threonine
Threonine adalah asid
amino perlu yang digunakan untuk mengekalkan kesiembangan protein di dalam
badan dan penting dalam pembentukan kolagen dan elastin. Terdapat di dalam
jantung, sistem saraf tunjang dan otot skeletal, threonine membantu mencegah
pengumpulan lemak di dalam hati. Ia juga menguatkan sistem ketahanan badan
dengan menghasilkan antibodi.
8. Tryptophan
Untuk menghasilkan
vitamin B3 (Niacin), kita memerlukan Tryptophan. Ia digunakan oleh otak untuk
menghasilkan serotonin, iaitu satu neurotransmitter yang menghantar maklumat
dari satu sel ke satu sel yang lain bagi mengawal pergerakan dan juga
bertanggungjawab memastikan kita mendapat tidur yang normal. Jadi, tryptophan
merupakan satu elemen yang dapat membantu melawan kemurungan dan juga insomnia
dan membantu menstabilkan mood. Tryptophan mengawal hyperactivity di kalangan
kanak-kanak, menghilangkan stress, menyokong kesihatan jantung, menolong
mengawal berat badan dengan mengawal selera makan dan menyokong pelepasan
hormon untuk pertumbuhan. Ia juga elok untuk migrain dan boleh mengurangkan
kesan nikotin.
9. Valine
Valine merupakan asid amino perlu yang mengandungi efek stimulan. Ia
diperlukan untuk metabolisma otot, pembaikian tisu dan untuk mengekalkan
keseimbangan nitrogen dalam badan. Valine terdapat lebih banyak dalam tisu otot
dan merupakan salah satu asid amino berangkai yang menjadi sumber tenaga bagi
tisu otot.
Jadi, memandangkan fungsi penting yang
dijalankan oleh kesembilan-sembilan asid amino perlu ini,
kita perlulah memastikan mereka terdapat di dalam diet seharian kita. Apatah
lagi asid-asid amino ini tidak boleh dihasilkan oleh badan. Jika anda sukar
untuk mendapatkannya, tidak perlu risau lagi. Shaklee menyediakan ESP (Energizing soy protein ) & Meal Shakes utk anda!!
Hubungi saya utk konsultasi PERCUMA & harga terbaik di pasaran!! :)
-Anniz Mohtam-
SID 919091
COD Banting & Telok Panglima Garang
Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment