Essential Oil vs Fragrance Oil

Eh, kenapa FreshPicks ni WANGI sangat? Guna PEWANGI ke? Kate NATURAL!

Ehem.. meh akak story telling sikit na. FreshPicks memang TIDAK MENGGUNAKAN PEWANGI. Bau wangi tu datang SEMULAJADI dari ESSENTIAL OIL.

Untuk bagi uolls senang nak faham, essential oil ialah  BAHAN AKTIF dan  fragrance hanya semata WANGI sahaja.



Essential Oil :
1. Diperolehi segar dari sumber asli seperti bunga, buah, kulit pokok, akar kayu, daun.
2. Harumannya tidak dihasilkan di dalam lab (makmal) kerana banyak komponen dalam setiap sumber dan perlu dipelihara khasiatnya.
3. Bauannya berbeza mengikut sumber/keadaan iklim/tanah/pengairan dimana ia ditanam.
4. Haruman EO terserap terus ke dalam kulit dan berbau sangat lembut.
5. Bersifat menyembuh dan boleh memberi kesan THERAPEAUTIC. ( treatment kesan aura )
6. Kebanyakan orang boleh menggunakan produk wangian & penjagaan badan yang diperbuat daripada EO. Sgt sedikit ALLERGIC issue.
7. Harga EO lebih mahal kerana source dari bahan semulajadi dan proses pembuatan yang rumit.
8. EO menyebabkan kesan yang berlainan pada sabun,krim @ losyen bergantung pada tahap asid dan ph EO.
9. EO didatangi dengan kajian, dokumen, sijil & senarai dimana ianya ialah organik.

Fragrance Oil :
1. FO adalah Synthetic-Artificial dan bukan dari sumber asli.
2. Produk produk penjagaan badan yang mengandungi FO adalah antara punca 'allergic reaction' pada kulit.
3. FO dihasilkan di lab dan harumannya yang sama boleh dihasilkan berulangkali.
4. Haruman FO akan kekal sama dan boleh merebak ke sekeliling sama ada ruang bilik, baju dan sebagainya.
5. FO tidak mempunyai sifat menyembuh dan tidak memberikan kesan Therapeutic. (bahan tidak aktif)
5. Kebanyakan orang tidak boleh menerima atau sensitif bila menggunakan produk wangian & penjagaan badan yang diperbuat dari FO. ALLERGIC.
6. FO biasanya mengandungi DPG (di Propelyne Glycol), Di Ethyl Phthalate, isopropyl myristate atau bahan kimia yang lain.
7. Harga lebih murah
8. Boleh mengekalkan bau pada sabun dengan baik.

So dh faham sekarang? Dh bertambah yakin dgn FreshPicks kn?

Comments