Punca berlaku Whitehead & Blackhead

Entry sebelum ni sy ada cerita mengenai whitehead, blackhead & jerawat. So entry kalini sy nk cerita pulak, antara faktor yg menyumbang kepada terjadinya white head & black head ni.

1. Kurang minum air kosong.
Bila badan kekurangan air, tidak dapat detox dengan sempurna. Sebab itu air kosong itu penting, bukan sahaja utk kecantikan tetapi juga utk kesihatan secara menyeluruh.



2. Kulit berminyak
Kulit berminyak disebabkan oleh pengeluaran sebum berlebihan. Individu yang kerap berpeluh bertotensi tinggi mengalami masalah white head dan black head. Kerana itu anda perlu bijak memilih produk yg membantu anda mengatasi masalah kulit berminyak ini.



3. Penggunaan make up yg salah.
Alat makeup atau skincare yang digunakan kadang kala terlalu berminyak. Ramai yang tidak sedar akan hal ini dan menyebabkan kulit semakin berminyak. Lebih memburukkan keadaan,  kadang2 minyak dari produk2 yang digunakan terperangkap/tertinggal di dalam kulit, dan seterusnya terbentuklah black head dan white head.



4. Scrub muka terlalu kasar. Sebenarnya menyentai kuat kulit muka dengan scrub bukan sahaja menyebabkan kulit jadi semakin berminyak, kulit juga akan rosak. Malah kulit akan hilang satu agen semulajadi yang berfungsi mengawal sebum dan menghalang pembentukan black head dan white head.


5. Hormon badan.
Tak terjadi pada semua orang tapi seperti yang kita tahu, setiap orang punyai tahap metabolism dan hormon berbeza. Ketidakseimbangan hormone mengakibatkan pengeluaran sebum berlebihan, punca blackhead terbentuk bersama jerawat.

6. Makanan dan persekitaran.
Makan makanan terlalu berminyak, terlalu pedas turut dikaitkan dengan black head dan white head. Persekitaran yang tercemar, terutama sekali habuk, juga boleh menyebabkan blackhead dan whitehead

Jadi, jom jaga persekitaran, pemakanan dan apa yg kita nk guna di wajah kita. 😉



Comments