Mengenalpasti Merkuri dalam Kosmetik Anda

Siapa la yg tak nak kulit wajah FLAWLESS kn. Kulit cerah, tanpa sebarang cela. Bukan sahaja wnaita, lelaki pn sebenarnya teringin nk mcm tu tau! Hehe..

Ada yang sanggup habis beribu ringgit utk membeli produk atau mengambil rawatan di klinik atau pusat kecantikan hanya utk mendapatkan kulit wajah idaman.

Tetapi banyak faktor lain perlu di ambil kira terutama dari segi KANDUNGAN BAHAN produk yg digunakan.

Penggunaan kosmetik yang mengandungi merkuri bukan sahaja memberi kesan kepada kulit wajah, malahan boleh menimbulkan masalah kesihatan yang lain seperti gangguan saraf (kerana merkuri boleh diserap di dalam saluran darah), memberi kesan kepada pertumbuhan janin (cacat, gugur dan melahirkan bayi yang tidak sihat), kanser kulit dan pelbagai lagi kesan negatif kepada kesihatan memandangkan merkuri merupakan bahan radioaktif.

Tidak dinafikan, penggunaan bahan kosmetik yang mengandungi merkuri memberi kesan yang cepat seperti menghilangkan jerawat dan menjadikan kulit semakin cerah kemerahan. Hal ini disebabkan, lapisan kulit di bahagian paling atas sudah terhakis dan kulit juga sudah kehilangan protein tertentu.



Oleh yang demikian, penting untuk wanita di luar sana mengambil tahu beberapa ciri kosmetik yang mengandungi merkuri :

1.Bau yang tengik
Salah satu ciri bahan kosmetik mengandungi merkuri mempunyai bau yang kuat dan tengik seperti bau logam. Memandangkan merkuri merupakan logam yang berbentuk cecair.

2.Mengandungi pewangi
Salah satu ciri kosmetik yang mengandungi merkuri, mengandungi bahan pewangi bagi menutup bau logam terbabit. Namun, bau logam ini masih dapat dihidu jika dicium dari jarak yang dekat.

3.Tidak Bersifat Homogen
Mempunyai tekstur yang melekit dan tidak mudah diserap apabila disapu. Terasa seperti kasar dan kesat apabila disapukan pada kulit. Perhatikan, krim tersebut seperti ada lapisan minyak yang terpisah dengan lapisan padat.

4.Kelihatan Berkilat
Jika dilihat, merkuri mempunyai warna yang berkilat. Sama juga halnya dengan bahan kosmetik yang mengandungi merkuri akan kelihatan berkilat walaupun sudah diletakkan perwarna seperti kuning dan putih.

5.Terasa Pedih
Terasa pedih apabila disapu di muka. Perhatikan, dalam beberapa hari kemudian, kulit akan menggelupas dan pedih bila kulit terkena cahaya matahari. Ini kerana ia MENGHAKIS kulit.

So, lepas ni dh bole check krim masing2 k! 😘

Anniz Mohtam
0193514245

Comments