Serbuk Pilis

Zaman dulu kalau berpantang tak sah kalau tak semerbak bau herba dan jamu satu rumah. Tetapi orang sekarang kalau dalam pantang tak ada masa dan tak suka hendak sapu badan dengan param atau menyapu pilis di kepala serta menepek tapel di perut.

Alasannya susah dan leceh hendak pakai itu semua. Tapi ada masa pula hendak berlipstik merah dan berbedak walaupun baru seminggu lepas bersalin. Rawatan tradisional ini nampak sahaja leceh tetapi kesannya memang menakjubkan kepada kesihatan dan kecantikan diri untuk jangka masa panjang.

Banyak faedah memakai param, pilis dan tapel masa berpantang. Saya kongsikan kenapa wanita selepas berpantang wajib memakai pilis :

Pilis ialah sejenis campuran ramuan yang ditampal pada dahi. Antara ramuan yang digunakan untuk membuat pilis adalah tepung beras, kunyit, buah kapulaga, sintok, kulit kayu manis, halba, kapur sirih dan air limau atau air biasa pun boleh.



Memakai pilis ketika berpantang dpat :

1. Mengurangkan panas di kepala.
2. Mengelakkan sakit di bahagian ubun.
3. Menghindarkan rasa pening kepala.
4. Menyegarkan mata dan mengelakkan darah putih naik ke kepala.
5. Mengelakkan mata rabun di usia muda.
6. Dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.
7. Mengelak angin meroyan yang dialami oleh ibu yang mengalami tekanan emosi.

100g rm25

Anniz Mohtam
0193514245

Comments