6th Anniversarymoon, 3d 2n @ Langkawi

Alhamdulillah.. 9.10.2017 haritu genaplah 6 tahun usia perkahwinan kami. Di kurniakan hero 3 orang.

Actually dari 2 tahun lepas lg plan nk ke langkawi naik kapal terbang, 1st sbb en.husband tak pernah sampai langkawi. Dan 2nd, sebab kami semua tak pernah naik kapal terbang! 😅

So kite try pergi yg dekat2 dulu la kan. Hehe..

Tiket tempah awal, dalam bulan 4 xsilap. Time tu Air Asia buat promosi. Tapi kalau uolls rajin, pegi la Matta Fair. Kat sane sure uolls bole dpt harga lagi murah. Mcm kitorang, rm600 utk 5 tiket, pergi & balik. TAPI..... part ni 1 hal... ha, later sy akan cerita. Hehe..

Kami stay kat MALI MALI RESORT. Memang sebelah pantai. Syok la juga cume tempat tu ramai mat salleh. Dan ade Bar. So faham-faham jela suasana tu kan. Tp bab makan jangan risau. Kat bahagian lua tu banyak restoran cume kena pandai cari yg confirm HALAL & harga reasonable la. Husband booked Mali Mali ni thru booking.com xsilap. Rate utk 3hari 2mlm ni rm350 mcm tu. No breakfast ye. Hehe.. tapi bilik selesa la. Katil 2 queen. Puas budak2 ni melompat! 😊

Ok, now back on our 1st day, 10.10.2017, Selasa.

Flight awal 8.55pg. Tp 8hb tu Air Asia sent email pulak, bagitau flight ade perubahan waktu. So tukar jam 9.55 pagi. Tapi, pagi 10.10 tu, tgh siap2, die hantar email lagi, flight delay pkul 11. So ktorg dh siap pn dok tunggu la pkul 7.30 mcm tu baru gerak. Mak dgn adik & adik ipar ikut hantar sbb nanti kereta dorg yg drive balik.

Sampai je drop kat departure tu, polis saman sebab TINTED! Arghhh... dugaan #1.

Sy proceed check in, rupanya even domestik, kena ade ic/surat beranak. Yela, ktorg ni 1st timer. Lepas tu pulak taknak bertanya pun silap jugak la kn. Huhu. Time tu dh 9.15 diknon. Surat beranak kat umah, umah saya dgn KLIA tu 45minit jaraknya satu hala. So atleast, 1jam setengah di perlukan utk dapatkan surat beranak tu. Perasaan masa tu, Allah je yg tau! Huhu..😔

Tanya counter cutomer service, dorg advice 2 org pegi dulu, which is my husband dgn Aisy, my 1st son. Mykid die ada time tu. Cuma surat beranak Ammar & Aydeen (my 2nd & 3rd son) yg xde. Sbb dorg xbuat mykid. Selalu file surat berana mmg ktorg letak kt kereta. Entah mcm mana ade kt rumah pulak. Huhu..

Dorg advice mcm tu, 3 org lg tukar flight. Kena tmbh rm400++ mcm tu. Time tu my sister dgn husband die shoot balik rumah tlong ambilkan file surat beranak tu. And memula ktorg decide utk husband jalan dlu dgn Aisy tp mk cakap pegi jela skali. Nak happy-happy. Nanti meraung pulak adik2 nampak abg jalan dlu. Dorang kan memang tak pernah berpisah 😅

So itulah, tukar tiket semua skali, flight jam 12.45 tengahari. Kena tmbah RM636 😷
Lepas tu flight delay pulak tu. Pukul 1 baru betul2 start masuk kapal 😅

KLIA 2 tu, kalau nak naik flight, jauh jln ke dalam tau. Dengan anak2 kecik, masa pegi xde bag hand carry. Lega la skit, cukup tgn nak handle semua. Masalahnya, flight lambat bebeno. Aisy plak jenis banyak tanya dan kurang sabar. Maklumlah, tambah pulak die memang excited nk naik kapal terbang tu

"Mama, lambat lagi ke?"
"Mama, bile nk naik kapal terbang ni?"

Soalan yg sama tp di ulang 10-20x. 🙄

Bila dh naik, jauh juga tau kapal terbang tu nk pusing, utk sampai ke landasan die utk take off. Anda, soalan die lagi "Bila nak naik ni?" "Bila nak terbang ni?"

Adoi la anakkk..... 😥😥

File pink tu la dalamnya SURAT BERANAK bebudak ni 🙄
Ala.. lupe nk rotate. Uolls teleng la sikit ye. Haha.. gamba ni masa tengah tu
Ni pun sama. Konon nak manja2 la amik gmba gini. Skali ade budak jeles. Merajuk.....

Tula budak majuk tu. 🙄

Bila dh take off, bukan main lebar senyuman die. Tapi senyuman itulah PRICELESS. Lupa dh mama & papa duit burn beratus2 td 😅
Tak takeoff lg budak kecik tu dh tido 😅

Yg knan tu yg paling excited

Flight ke langkawi sekejap je, dlm 45minit mcm tu. Sy yg 1st time naik pn ikut excited. Kagum dengan VIEW kt atas tu. Kalau di tanya nk terbang lagi? Of course nak! Sebab view kt atas tu rse mcm HEAVEN.

Touch down sana dlm pukul 2.20 mcm tu. Time tu owner kereta sewa ktorg dh siap2 tunggu dh. Tapi uolls jgn terkejut dgn suasana bising org2 tempatan cari customer kereta sewa & pakej2 percutian kt kaunter2 kt area airport tu. Serius meriah! Hehe.. Oh, kereta sewa pn ktorg dapat murah tau. Saga baru, rm50 je sehari (24jam). Ktorg die charge rm130 je! Murah kn? Nanti sy share contact nombor k! 🤗

Masa ktorg sampai tu renyai2. Otw nak ke resort tu, ktorg nampak org jual tepi jalan (kanan jalan) nampak signboard "LAKSA POWER". "LAKSA IKAN SEKOQ". Terus cakap kt husband utk berenti, even plan asal xde pun nak makan kt sini. Hehe.. ktorg makan kat LAKSA POWER.

Ni pasemboq. Rm24 macam ni. Rasa not bad la. Sedap juga tp xley beat yg kt Penang la kalau ikut selera tekak & lidah ku. Hehe

Laksa Power. Ok la juga

Oh, kalau uolls dr Airport, kt simpang nk keluar tu uolls amik kiri tau. Heading ke Cenang. Sebab kalau uolls trus ke Kuah, memang uolls xjumpa laksa ni.

Sampai sana pun time tu dh renyai. Tak plan ke mana pun . Sampai resort, check in. Rehat & solat. Then anak2 ajak mandi. Mandi la kejap tepi pantai.

Pantai die air biasa je. Xde la cantik sgt nampak biru tp bersih la. Tak macam pantai Morib & PD 😅

Nk cuci mata pn bole. Byk mat salleh & minah salleh ber-sunbath kt tepi pantai tu 🙈

Dlm kul 6 ktorg decide jalan2 kt pekan Kuah. Dalam 30 minit juga perjalanan ke sana. Of course la destinasi, HIG. Borong coklat dlu. Hehe.. 1st round habis dlm rm240 jua. Rambang mata masuk dlm tu. Syurga coklat! 😍

Lepas tu ktorg dinner kat restoran Uncle Jai! Uolls google/waze je. Mesti bole sampai. Dekat je dgn HIG tu. Makanan, service, TIPTOP!!

Menu ktorg Softshell crab, kangkung ikan masin, sotong goreng tepung, sup ayam & air 2 jenis (gelas besar) Total RM70 je diknon!

Serius berbaloi makan kt sini. Serve pun cepat!

Dh kenyang, balik, tido! Ok, sambung next entry utk aktiviti hari ke 2 & ke 3 k! 😘

Klik sini utk continue Part 2! :)

Comments