6th Anniversarymoon, 3d 2n @ Langkawi

Part 2

Selepas 1 hari yg berliku, hari ke 2 pun agak berliku juga lah. Hehe.. Hujan dari malam, sampai ke pagi tak berhenti. Mujur dalam pukul 10 tu dh agak reda. Budak2 pun dh siap, ktorg decide pegi ke Underwater World. Sebab die indoor. So tak risau pasal hujan la

Plus, dekat je dgn tempat ktorg stay. Dalam 3 minit drive. Tapi ktorg drop by kat kedai roti kat lua resort tu kejap. Belum breakfast! 😅

Utk Underwater World ni, ktorg di kenakan bayaran RM98. Dewasa RM36, Kanak2 RM26. Suppose Ammar pun kena rasanya sebb tulis kt situ 3 tahun keatas dh kena bayar tp xtau la. Mungkin maksudnya 4 tahun dan keatas baru kena kot 😁

Masuk situ, budak2 ni mmg excited la. Tgk macam2 hidupan laut kan.. The best part tgk penguin la.. dan sempat tgk 1 sesi penguin feeding. Comel je tgk dorg ni berenang, berjalan..



Salamander. Ikan berkaki

Happy Feet

Happy parent. Haha.. 

Tak banyak rupanya ambil gmba dlm tu. Hehe.. maklum la, busy jaga anak-anak 😅

Dalam 1 jam lebih je dlm tu. Oh, area parking luar tu berbayar ye. Rm3 utk 1st 3hrs xsilap. Next hour Rm2.50.

Lepas tu kitorg terus ke Oriental Village. Memulakan, sy tak tau apa ada kat Oriental Village ni. Rupanya, segala tok nenek Cable Car, SkyRex, Skywalk, semua kat dalam tu. Cume nal masuk sini uolls kena tabah sikit la sebab dari parking, nk menapak ke dalam tu memang agak jauh. Belum lg nak menjelajah kt dalam tu. Hehe..

So sampai je, 1st thing ktorg pegi, beli tiket utk naik Cable Car. Ktorg amik pakej, RM170 utk 2 dewasa, 3 kanak-kanak bole masuk Cable Car, Sky Dome, Sky Rex & 3D Art Museum.

Ini jela yg terbaik yg sempat di capture dalam cable car 😅












1lgi tempat dari pakej ktorg tu SKYREX rma die. Dalam tu konsep die DINASOUR la tapi bukan lah ade dinasour, cuma nanti uolls akn masuk macam 1 truck. Pakai spek 3D. Then nanti ade la 'show' die. Tapi best la. bebudak ni pun suka! Cume org2 tua yg ada sakit jntung, ibu hamil yg tgh tunggu hari nk bersalin tu tak di galakkan masuk SKYREX tula. hehe

Skydome ktorg tk sempat nak pegi sebab dh LAPAR giler! Hahaha... Tapi best giler wei duduk dalam ni! haha... Kalau nk best, memang 1 hari la habis kat situ. Tapi sebab kitorg belum lunch, dalam kul 2 lebih mcm tu dh keluar la. Lapo perut nk cari makan. Actually dlm tu pun bole je makan tapi ktorg nak try kedai Kak Yan Nasi Campur. Kalau uolls search, memang fofular kedai ni.



Ade gmba kedai je. Makanan xde sebab d kebuluq. Lapa nk snap 😅

Masa ktorg sampai pun dh nk pukul 3. Kedai tutup kul 4. Makanan byk nk habis dah. Tapi one thing uolls kne try, SAMBAL BELACAN die. Terbaik! Harga pun consider murah la. Yg penting SEDAP 😊

Memula plan nk balik resort tp bile dh makan, ade tenaga. Mcm dh hilang penat pulak. Haha.. Terus gerak ke Dataran Lang, tempat wajib pergi kan kalau dh sampai Langkawi. Hehe.


Ckuplah 2 keping gmba kenangan 😍

Then petang balik resort, Aydeen tido. So Aisy, Ammar n papa dorg sambung penat mandi pantai. Hehe.. mlm tu lepas maghrib, plan nk keluar makan kat SeaShell. Uolls bole google dlu pasal tempat ni. Dekat je dengan resor TAPI..... Bole pulak kereta ktorg kena BLOCK time tu. Xbole keluar! Huhu.. Frust. So end up makan kt area resort tu je la. Makan mcm kebab arab tu n bebudak makan western.

Oh, Seashell ni konsep makan di sawah padi tau. Ktorg dh lalu tempat tu. Memang nampak best. Tapi xde rezeki nk try. Suh datang lg la tu next time 😅

Perut dh kenyang, balik rehat & tido 😍

Sambung part 3 pulak 😝

Comments